dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program MENTOR @ TINY TECHIES Sesi 2: Pendedahan Awal Dunia Robotik Sumo

27 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada sesi kali ini, program MENTOR @ TINY TECHIES Sesi 2 telah berjaya dianjurkan di bawah inisiatif Smart Service NADI, khususnya di bawah seliaan Bahagian NADI x LifeLong Learning menerusi sub-program Tiny Techies. Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam menyemai minat serta kemahiran asas teknologi dan kejuruteraan dalam kalangan pelajar sejak usia muda.

Sesi kali ini telah menampilkan Dr. Raudhah binti Abu Bakar, Pensyarah Kanan di bidang Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA, sebagai penceramah jemputan. Kepakaran beliau dalam bidang kejuruteraan telah memberikan pendedahan yang sangat bermanfaat kepada para peserta yang hadir.

Program memfokuskan kepada pengenalan dan pemahaman asas mengenai robot sumo, yang merupakan robot yang direka untuk bersaing di dalam gelanggang seperti dalam perlawanan sumo sebenar. Dr. Raudhah telah menerangkan konsep dan objektif utama pembinaan robot sumo, di samping membimbing peserta dalam memahami struktur dan fungsi komponen-komponen utama yang terdapat pada robot sumo ini.

Antara perkara yang dipelajari oleh peserta termasuklah:
1) Apa itu robot sumo dan konsep pertandingan robot sumo
2) Bagaimana pergerakan robot dikawal
3) Komponen-komponen penting dalam robot sumo seperti sensor, motor, output, beteri dan lain-lain.

Peserta turut menggunakan aplikasi Canva bagi membuat nota pembelajaran untuk sesi ini. Ini bukan sahaja mengasah kemahiran teknikal, malah turut membantu dalam memperkukuh kemahiran digital dan persembahan maklumat dikalangan peserta.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sekadar memperkenalkan robotik kepada peserta, malah menjadi landasan awal dalam melatih pemikiran logik, kreativiti dan penyelesaian masalah – kemahiran yang sangat penting dalam dunia teknologi masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.